Monday, April 19, 2010

Perjalanan Reiki - Peringkat 1 & 2

Pada mulanya aku mmg tak terfikir langsung nak belajar reiki or sealiran dengannya. Tetapi dengan keadaan kerja + suasana yg stress membuatkan aku cuba mencari sesuatu yg blh menenangkan jiwa ini. Mgkn sbb gerak hati or doa harian aku 'Ya allah berilah hamba ilmu yg bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain' membuatkan aku berjumpa dengan byk orang yg suka pada keagamaan dan mistik nie.

Aku mula berminat dengan reiki nie bila berjumpa dengan pengamal reiki. Pengamal tu mmg dah lama berubat orang dengan reiki... x silap aku dia ada phd dalam reiki. Dari sijilnya, banyak jugak ilmu reiki yg dia belajar. Contohnya karuna reiki, imara reiki dan VCT. Ceritanya...dengan belajar reiki nie membuatkan kita dapat mengatasi stress dan melindungi diri kita daripada tenaga negative.

Hem.... dalam hati dah rasa menarik TAPI bayaran kursus blh tahan mahal. tak silap aku dia minta RM1000 untuk satu tahap 1. Reiki ada 3 peringkat... so byk jgklah belanja duit untuk ilmu nie. maka aku pun diam dan berfikirlah ...'nak belajar.. tak nak belajar...nak belajar... hah mahal tu~!'. Hah bingung betul kepala masa tu.

Kebetulan berapa minggu lepas tu ada iklan pasal kursus reiki dlm surat khabar... so aku mcm tak sangka lah dan terus called untuk bertanya. Setelah puas fikir dan buat research pasal reiki nie..maka aku pun memberanikan diri untuk belajar kursus reiki tahap 1 & 2 dengan Master Mir Hazil di IQBC, Shah Alam, Selangor dengan fee sebanyak RM900 sahaja. Aku mula2 kenal master Mir Hazil nie melalui penulisan bukunya aura penyembuhan reiki. Buku tu menceritakan tentang asal usul reiki + chakra & fungsi + self healing + teknik pernafasan.

Kursus tu diadakan selama 2 hari dan kami diterangkan dengan sejarah, teori, aplikasi dan teori reiki. Pada hari terakhir, kami dalam kedaan bermeditasi 'di ijazahkan' oleh Master Mir Hazil reiki tahap 1 & 2. Dalam menerima ijazah itu... aku rasa badan nie bergetar dari bawah punggung hingga ke tengkuk. Lepas tu badan rasa panas, tapak tangan mcm ada elektrostatik + mcm ada gelombang.

Selepas tu aku diajar cara membuat self healing dan merasa aura dari tubuh org lain. Hem.. pengalaman nie pun menarik sbb dapat merasa aura yg harmoni. Lain betul rasanya... bila belajar reiki. Fikiran dan jiwa rasa lebih tenteram... tidur malam pun mudah... tak seperti dulu. mmg susah bebenor nak tidur.

Bila dah tamat kursus aku pun dinasihatkan untuk melakukan self healing selama 21 hari dan blh melanjutkan peringkat seterusnya setelah habis tamat tempoh tersebut. Berikut adalah perubahan ketara yg aku rasa setelah belajar reiki nie:

  1. Kalau dulu jiwa sedikit serabut... slps belajar jiwa lebih tenang

  2. Kalau dulu nak tidur mmg susah... slps belajar rasa senang & harmoni sungguh

  3. Kalau dulu cepat gelisah dan panik.. slps belajar lebih relax dan pasrah

  4. Kalau dulu suka sembang kosong dan berkawan dengan org jiwa kacau... slps belajar dah x suka sembang kosong dan gemar berkawan dengan org yg baik2 + berilmu.

  5. Kalau dulu selalu teringat orang yg buat jahat kat aku (e.g fitnah and hutang x nak @ liat nak bayar).. slps belajar, aku lebih byk berserah dan berdoa pada ALLAH. sbb bagi aku... 'ALLAH adalah sebaik2 penghukum'...

  6. Kalau dulu selalu rasa penat dan tak semangat .... slps belajar rasa bertenaga dan cool walaupun keadaan kerja sgt stress.

  7. Kalau dulu nak solat or nak belajar bab agama nie rasa berat... slps belajar rasa lain betul... sentiasa fikir nak betulkan diri + dekatkan diri pada ALLAH.












No comments:

Post a Comment