Tuesday, April 27, 2010

Advance reiki + pengalaman...

Setelah sekian lama mempraktifkan reiki tahap 1&2... aku pun mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran reiki ke tahap 'ADVANCE'. Pada tahap advance reiki nie, byk pendedahan dan praktikal dilakukan. Aku rasa ilmu pada tahap nie mmg tersangat menarik~!

Pada keseluruhannya aku belajar mengenai cara pembersihan diri yg lebih ringkas berbanding tahap 1 & 2, cara meditasi + menyalurkan energy pada sesuatu or hajat, cara merasa getaran x baik (e.g jin), cara merasa ketebalan aura dan byk lagi teknik2 untuk penyembuhan.
Pengalaman semasa pencerahan untuk tahap nie pun lebih krg sama dengan tahap 1 & 2 CUMA gelombang pada tapak tangan tu rasa lebih kuat. Aku rasa semua anggota badan nie bergetar dan sangat tenang.
Pengalaman menggunakan tenaga reiki tahap advance:
  1. Pengalaman pertama - aku cuba mengunakan reiki untuk menyembuhkan mata kucing yg bengkak+nanah2 lg. Caranya: aku aktifkan 4 simbol + baca al fatihah+ 4 kul + al kursi + selawat nabi. so selama 3 hari aku guna reiki dengan menghalakan tapak tangan kat mata kucing tu. Hasilnya: alhamdulillah... selama penyembuhan tu, mata kucing dah jadi kering dan susut bengkaknya.
  2. Pengalaman kedua - badan aku tiba2 keluar biji2 air mcm nak kena cacar air + badan rasa gatal2. so aku pun rasa pelik since tiba2 badan aku jadi mcm tu TAPI aku ambil itu sebagai dugaan dan peluang untuk aku test power reiki. Caranya aku ubat diri ialah... aku isikan air dalam baldi + garam bukit (biasanya RM2 sebungkus - GM plaza). Pegang baldi tadi dan niat... ' Ya Allah.. Ya tuhan ku.. jadikanlah air ini penawar bg jiwa ragaku' dan lps niat tu baca al fatihah sebanyak 41 kali + yakin. maka bila dah habis baca.. aku pun bawa mandi air tu dengan cara membasuh ketujuh2 chakra dengan 7 kali siraman. Air yg lebih tu aku guna untuk jirus air dari kepala sampai ke kaki... masa tu niat ' ya allah keluarkanlah segala penyakit dari kepala hingga ke kaki'. Hasilnya... keesokanya semua biji2 air tu kering dan aku pun sembuh mcm biasa.
  3. Pengalaman ketiga - suruh bayar HUTANG. Hem.. bila sebut hutang nie mmg lemah sket... nak2 bila yg hutang tu kawan baik sendiri. Kalau minta suruh bayar hutang.. kata mengira.. tak tolong kawan2 TAPI kalau x minta buat bodoh jer tak nak bayar. Caranya: ambil sehelai kertas... tulis nama kawan tu + tulis kat bawah namanya 'tolong bayar hutang aku cepat' dan tekup kertas td dengan kedua2 tapak tangan serta salurkan tenaga reiki untuk hajat itu. Hasilnya... dalam seminggu mcm tu dia datang jumpa dan bayar semua hutang. TAPI yg tak sedapnya..aku dengar dia berhutang dengan org lain untuk bayar hutang aku. huhu~! nasihat aku.. sblm nak buat sesuatu, seeloknya... ukurlah baju sendiri dulu. Janganlah suka menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
  4. Pengalaman ke empat - untuk kali pertama aku salurkan tenaga reiki pada kawan. since kawan aku pun jenis suka dan belajar benda2 mistik nie DAN kebetulan pada masa aku melawat tu... dia rasa sakit kepala + sengal2 badan.... maka dia pun suruh aku try reiki kat dia. Katanya dah lama sakit mcm nie tapi bila check doktor ok jer. sakit kepala nie byk serang pada belah malam. Aku pun ckp 'Insyallah,aku akan cuba TAPI semuanya dengan izin ALLAH'. Caranya: aku protect diri aku dulu dengan baca al fatihah, 4 kul, al kursi+ selawat nabi then baru aku start scan semua chakranya. masa scan tu aku rasa mcm ada gelombang dari tangan kiri naik ke bahu.. dari bahu naik ke tengkuk.. dari tengkuk naik ke crown chakra... pastu turun balik ke tangan. Aku dalam hati 'haa sudah.. bab gelombang lari2 nie aku tak biasa khatam lg tapi yakin jerlah'. huhu~! so aku bila keadaan mcm tu.. aku pun pegang tengkuk dia (dengan niat tenaga reiki disalurkan pada seluruh chakra) dengan tangan kiri dan crown chakra dengan tangan kanan (fokus pada satu chakra sahaja). Saluran tenaga reiki ini berlangsung lebih 10 minit. Hasilnya: sakit kepala kawan aku tu hilang dan dia kata inilah kali pertama aku rasa kepala nie ringan dan tenang. Lps tu barulah dia percaya dan rasa tenaga reiki tu mcm mana...

*apa2 pun semua ini berlaku dengan izin ALLAH...

No comments:

Post a Comment