Tuesday, April 20, 2010

Pengalaman 'pembersihan diri' selama 21 hari - Reiki Tahap 1 & 2

Setelah habis kursus reiki 1 & 2, aku di ajar untuk membuat pembersihan diri selama 21 hari. Dalam tempoh itu... diberitahu untuk sentiasa melakukan self healing, meditasi.. krg2 5 minit sehari dan setiap pagi aku akan set minda aku untuk:
  1. untuk hari ini, demi tuhan...ku padamkan api kemarahan;
  2. untuk hari ini, demi tuhan...ku padamkan gelisah kerisauan;
  3. untuk hari ini, demi tuhan...ku ucapkan syukur atas segala nikmat;
  4. untuk hari ini, demi tuhan... ku berlaku jujur atas segala tugasku dan
  5. untuk hari ini, demi tuhan...ku berlaku baik atas setaip insan.

Bila dah seminggu amal perkara nie, barulah aku rasa perubahan yg ketara dalam hidup ini. Banyaknya kesilapan diri... banyaknya kelebihan @ nikmat yg ALLAH telah berikan... banyaknya ruang untuk berubah kalau hati kita betul2 nak mencari kebenaran dan menjadi orang yg baik. Dari minggu pertama tu, aku banyak jaga solat dan perbanyakkan zikir. Ini mgkn sebab dulu jenis solat ikut sempat... kalau zikir tu mmglah kdg2 jer. so aku mula berubah dan selalu berfikir bagaimana nak perbaiki diri.

Ooh rasanya mmg lain mcm sbb jiwa lebih tenang dan sejuk. Bila waktu solat rasa jiwa nie ringan jer... happy jer. Masa tu dah mula byk istigfar paling kurang 1000 kali sehari. Setiap sesudah solat, aku biasanya baca al-fatihah 7 kali, 4 kul 7 kali, al kursi 7 kali dan selawat nabi 10 kali. aku selalu niatkan bila baca surah itu dengan 'Ya ALLAH.. YA RAHMAN.. YA RAHIM.. yang menjadikan langit dan bumi serta mengetahui segala isi2nya dengan ayat2 sucimu maka bersihkanlah jiwa ragaku, hilangkan segala keresahan dijiwa dan lindungilah hamba dari kejahatan mahluk di langit dan dibumi'

Mungkin sbb bila terfikirkan zaman dulu... ooh rasa banyak betul dosa disebabkan lalai dan jahil. Aku biasanya akan buat meditasi violet dan latihan pernafasan + zikir pada tgh malam. Cara berzikir biasanya satu nafas = sekali istigfar dan dengan suara yang perlahan. Dalam kaedah nie aku akan mengambarkan hati ini bersih...semakin bersih.. hingga sangat bersih dan bercahaya. Kesannya mmg tenang sangat dan slps tu dapat tidur dengan mudah sekali.

*meditasi violet secara ringkasnya ialah kita mengambarkan 7 jenis warna mengelilingi 7 jenis chakra sebanyak 7 kali pusingan.

Minggu ke-2 & 3 pun sama.. masih melakukan perkara yg sama. Semakin lama ... semakin rasa tapak tangan nie makin peka dan mula menggunakan ilmu reiki ini dalam kehidupan seharian. Seperti contoh dalam pekerjaan dan kesihatan diri. Alhamdullillah... sejak amalkan reiki, pekerjaan menjadi lebih mudah dan tak mudah sakit. Walau apa pun... aku selalu tetapkan hati bahawa semua ini berlaku atas izin ALLAH.

Secara ringkasnya... dalam tempoh pembersihan diri itu aku lbh rasa tenang dan 'dapat mengawal keadaan & bukannya keadaannya keadaan yg mengawal aku'.

No comments:

Post a Comment