Wednesday, April 21, 2010

'ALIF LAM LAM HA'

Menurut Vander Hoven, ahli psikologi dari Belanda telah membuat kajian mengenai kesan membaca Al-Quran dan mengulangi perkataan ALIF LAM LAM HA yang dilakukan terhadap pesakitnya. Hasil dari kajian itu amat mengkagumkan , khusus sekali untuk yang mengalami tekanan dan murung. Bacaan Al-Quran dan pengamalan ejaan perkataan ALIF LAM LAM HA dapat menghindari diri dari penyakit jiwa dan mental. Pakar psikologi itu telah menjelaskan setiap huruf ALIF LAM LAM HA memberi kesan lega terhadap penyakit psikologi.
Dalam kajiannya mendapati, semasa menyebut huruf ALIF, ianya keluar dari system pernafasan dan dapat mengawal nafas. Semasa menyebut huruf LAM berulang sebanyak dua kali, di mana lidah menyentuh sedikit bahagian hujung lelangit buat seketika, ini membuatkan pernafasan rehat berlaku. Kemudian menyebut huruf HA pula, berlakulah hubungan antara jantung dan hati , hubungan ini sekaligus dapat mengawal degup jantung manusia.

No comments:

Post a Comment