Tuesday, November 30, 2010

Surah Yasin 7 Mubin

Surah Yaasin 7 Mubin


Dalam surah Yaasin, ada 7 tempat perkataan 'Mubin'. Di antara hikmat membaca Surah Yaasin 7 Mubin ini adalah sebagaimana berikut:1) Untuk menyelamatkan kita dari dizalimi oleh sesama manusia.2) Untuk menjauhi gangguan syaitan.3) Untuk menenangkan rakan-rakan kita yang dalam keadaan sakit tenat. (Bagi orang yang sakit tenat, sediakan air untuk diberi minum kepada si pesakit setelah membaca Yaasin.)Cara untuk membaca Yaasin 7 Mubin adalah seperti berikut:


1. Bacaan kali pertama hendaklah dibaca mulai Ayat 1-12.

2. Kemudian baca lagi bagi kali kedua surah Yaasin dari Ayat 1-17.

3. Kemudian baca lagi bagi kali ketiga surah Yaasin dari Ayat 1-24.

4. Kemudian baca lagi bagi kali keempat surah Yaasin dari Ayat 1-47.

5. Kemudian baca lagi bagi kali kelima surah Yaasin dari Ayat 1-60.

6. Kemudian baca lagi bagi kali keenam surah Yaasin dari Ayat 1-69.

7. Kemudian baca lagi surah Yaasin bagi kali terakhir dari Ayat 1-83 (awal hingga akhir).Setelah anda membaca kesemua 7 Mubin, anda dikehendaki membaca Doa Yaasin.Insya' Allah, apabila anda lakukan seperti yang diterangkan di atas, Allah akan memelihara diri anda dari gangguan manusia, jin dan syaitan. Bagi mereka yang di dalam keadaan tenat, Allah akan mententeramkannya.

Monday, July 5, 2010

Pengalaman berubat anak sendiri...

Pengalaman nie berlaku sebulan yg lalu. Anak aku mulanya muntah2 dan dalam sehari dua jadi ceret beret. Entah apalah yg jadi bila makan or minum, dia akan muntah beberapa minit lps tu. so bila dah teruk sgt aku bawalah ke hospital.
Bila checked di hospital.. malangnya tiada apa yg masalah. tekanan darah ok... demam pun tiada. semua ok. aku pun mula rasa x sedap hati.. mcm mana semua ok TAPI blh sakit sampai mcm tu. so aku pun tak buat apa2 lg, hanya ikhtiar ikut ubat hospital.
Walaupun dah 2 hari dok hosiptal TAPI keadaan anak masih sama... x lalu makan, muntah2 dan menangis. Serabut betul kepala aku masa tu... apalah penyakit anak aku nie. Ada masa aku salurkan semua jenis tenaga reiki yg aku belajar kpd anak agar segara sembuh TAPI tak berubah. maka kebetulan aku ada jumpa tok dukun kampung aku... so dia pesan 'bila buat sesuatu kena yakin dan yakin pada ALLAH'. Dia suruh baca ayat al kursi sbb katanya ayat tu byk khasiatnya.
Pada hari ketiga anak di hospital.. maka aku pun buatlah apa yg tok dukun tu sarankan...'yakin'. aku pun buatlah... guna kaedah reiki + ayat2 quran. Caranya:Aku letak telapak tangan kiri di tengkuk dan telapak tangan kanan di perut serta niat tenaga kundalini, diamond, kristal & gold reiki mengalir serta membaca Al fatihah 40x, al ikhlas 7x, an nas 7x, al falak 7x, al kursi 7x + bismillah 5 7x yg baru aku amalkan. Dalam hati aku berdoa moga dengan usaha ini, ALLAH sembuhkan penyakit anakku.
Alhamdulillah selepas berusaha.. anak dah nampak perubahan. dah mula blh bercakap... dah lalu nak makan... dah x berak2 cair + muntah. so pada hari ke empat, anak aku dah mula kembali sihat mcm biasa. Bila lihat anak dah sihat mcm tu... rasa lega betul since dah 3 hari dok ulang alik pie hospital. Penat sbnrnya bila anak sakit masuk hospital... asyik menangis ajer. Kalau anak menangis, aku biasanya urut kepalanya dgn hujung jari... x sampai 5 minit dah tido. Mula2 tu mcm x percaya TAPI semuanya berlaku dengan izin ALLAH.
Pada pg hari kelima tu dah blh blk since doktor dah sahkan anak dah sihat. Sejak dari kejadian tu... aku mula amalkan baca al kursi + bismillah 5 + 3 kul + al fatihah slps solat. Alhamdulillah ALLAH beri aku rasa kelainan bila amal ayat2 tu.

Friday, April 30, 2010

9 Jenis Roh

Menurut ilmu batin pada diri manusia terdapat sembilan jenis Roh. Masing-masing roh mempunyai fungsi sendiri-sendiri. Ke sembilan macam roh yang ada pada manusia itu adalah sebagai berikut :

a. Roh Idofi (Roh Ilofi) : adalah roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idofi juga disebut JOHAR AWAL SUCI, karena roh inilah maka manusia dapat hidup. Bila roh tersebut keluar dari raga, maka manusia yang bersangkutan akan mati. Roh ini sering disebut NYAWA. Roh Idofi merupakan sumber dari roh-roh lainnyapun akan turut serta. Tetapi sebaliknya kalau salah satu roh yang keluar dari raga, maka roh Idofi tetap akan tinggal didalam jasad. Dan manusia itu tetap hidup. Bagi mereka yang sudah sampai pada irodat allah atau kebatinan tinggi, tentu akan bisa menjumpai roh ini dengan penglihatannya. Dan ujudnya mirip diri sendiri, baik rupa maupun suara serta segala sesuatunya. Bagai berdiri di depan cermin. Meskipun roh-roh yang lain juga demikian, tetapi kita dapat membedakannya dengan roh yang satu ini.Alamnya roh idofi beruoa nur terang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Tentu saja kita dapat menjumpainya bila sudah mencapai tingkat INSAN KAMIL.

b. Roh Rabani : Roh yang dikuasai dan diperintah oleh roh idofi. Alamnya roh ini ada dalam cahaya kuning diam tak bergerak. Bila kita berhasil menjumpainya maka kita tak mempunyai kehendak apa-apa. Hatipun terasa tenteram. Tubuh tak merasakan apa-apa.

c. Roh Rohani : Roh inipun juga dikuasai oleh roh idofi. Karena adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki kehendak dua rupa. Kadang-kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tak menyukainya. Roh ini mempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada 4 jenis nafsu, yaitu :

Nafsu Luwamah (aluamah)
Nafsu Amarah
Nafsu Supiyah
Nafsu Mulamah (Mutmainah).

Kalau manusia ditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi, sebab semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. Maka, kalau manusia sudah bisa mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidup dalam kemuliaan. Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yang melihat. Dimana pandangan kita tempatkan, disitu roh rohani berada. Sebelum kita dapt menjumpainya, terlebih dulu kita akan melihat bermacam-macam cahaya bagai kunang-kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul roh rohani itu.

d. Roh Nurani : Roh ini dibawah pengaruh roh-roh Idofi. Roh Nurani ini mempunyai pembawa sifat terang. Karena adanya roh ini menjadikan manusia yang bersangkutan jadi terang hatinya. Kalau Roh Nurani meninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjaid gelap dan gelap pikirannya.

Roh Nurani ini hanya menguasai nafsu Mutmainah saja. Maka bila manusia ditunggui Roh Nurani maka nafsu Mutmainahnya akan menonjol, mengalahkan nafsu-nafsu lainnya. Hati orang itu jadi tenteram, perilakunyapun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyak bicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak protes bila ditimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan menderita dipandang sama.

e. Roh Kudus (Roh Suci) : Roh yang di bawah kekuasaan Roh Idofi juga. Roh ini mempengaruhi orang yang bersangkutan mau memberi pertolongan kepada sesama manusia, mempengaruhi berbuat kebajikan dan mempengaruhi berbuat ibadah sesuai dengan kepercayaan yang dianutnya.

f. Roh Rahmani : Roh dibawah kekuasaan roh idofi pula. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Karena diambil dari kata Rahman yang artinya pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia bersifat sosial, suka memberi.

g. Roh Jasmani : Roh yang juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Roh ini menguasai seluruh darah dan urat syaraf manusia. Karena adanya roh jasmani ini maka manusia dapat merasakan adanya rasa sakit, lesu, lelah, segar dan lain-lainnya. Bila Roh ini keluar dari tubuh, maka ditusuk jarumpun tubuh tidak terasa sakit. Kalau kita berhasil menjumpainya, maka ujudnya akan sama dengan kita, hanya berwarna merah. Roh jasmani ini menguasai nafsu amarah dan nafsu hewani. Nafsu hewani ini memiliki sifat dan kegemaran seperti binatang, misalnya: malas, suka setubuh, serakah, mau menang sendiri dan lain sebagainya.

h. Roh Nabati : ialah roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi.i. Roh Rewani : ialah roh yang menjaga raga kita. Bila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang yang bersangkutan akan tidur. Bila masuk ke tubuh orang akan terjaga. Bila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang, maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi itu hasil kerja roh rewani yang mengendalikan otak manusia. Roh Rewani ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Jadi kepergian Roh Rewani dan kehadirannya kembali diatur oleh Roh Idofi. Demikian juga roh-roh lainnya dalam tubuh, sangat dekat hubungannya dengan Roh Idofi.

Nafas, Tanafas, Anfas & Nufus

Nafas, Tanafas, Anfas, Nufus

Di dalam ajaran Islam jawa terdapat empat jenis nafas iaitu nafas, anfas, anfas dan nufus. Dalam bahasa Jawa diucapkan “napas, tanapas, anpas,nupus”

Napas merupakan tali tubuh dan berada di dalam hati suweda. Hati yang menghubungkan fikiran yang suci. kewujudannya adalah udara yang keluar dari badan. Dalam istilah biologi, nafas yang ada dalam hati suweda ini menjadi udara yang mengandungiCO2. Udara ini secara normal keluar dari tubuh dengan sendirinya. Dengan keluarnya Co2 ini dari tubuh badan menjadikan fikiran bersih.

Tanapas merupakan tali hati. Nafas yang mengikat hati sirri (rasa hati). Bersumberkan dari perasaan hati yang jernih. Kedudukan nafas ini ada di daerah pusat. Kewujudan dari tanapas ini adalah udara segar yang masuk ke dalam tubuh.Jadi tujuan menarik nafas dalam-dalam ketika berolahraga bertujuan untuk memasukkan udara bersih atau oksigen bagi melakukan pembakaran di dalam tubuh kita sehingga daya dan tenaga baru dihasilkan.

Anpas merupakan tali ruh. Tali yang mengikat ruh dengan badan jasmani.Letak anpas adalah di jantung. Kewujudannya adalah udara yang ada di dalam tubuh. Apabila dilakukan secara berturutan pertama kali nafas dihembus keluar terlebih dahulu supaya zat kekotoran yang berupa udara tersingkir dari tubuh badan. Kemudian tarik nafas secara dalam-dalam dan ditahan sejenak didalam. baru kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan. Jadi udara yang ditahan itu merupakan perwujudan dari anpas.

Nupus merupakan tali rasa dan berada di tengah-tengah jantung iaitu dibahagian jantung yang berwarna putih. ianya befungsi sebagai jembatan jantung yang menghubungkan rasa dengan atma. Kewujudannya adalah udara yang bergerak dari kiri ke kanan meliputi seluruh tubuh jasmani dan rohani. dalam bahasa biologi darah yang mengandungi oksigen ( dari udara bersih paru-paru) keluar dari ventrikel kiri jantung melalui pembuluh darah aorta dan beredar ke seluruh tubuh.

Tuesday, April 27, 2010

Advance reiki + pengalaman...

Setelah sekian lama mempraktifkan reiki tahap 1&2... aku pun mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran reiki ke tahap 'ADVANCE'. Pada tahap advance reiki nie, byk pendedahan dan praktikal dilakukan. Aku rasa ilmu pada tahap nie mmg tersangat menarik~!

Pada keseluruhannya aku belajar mengenai cara pembersihan diri yg lebih ringkas berbanding tahap 1 & 2, cara meditasi + menyalurkan energy pada sesuatu or hajat, cara merasa getaran x baik (e.g jin), cara merasa ketebalan aura dan byk lagi teknik2 untuk penyembuhan.
Pengalaman semasa pencerahan untuk tahap nie pun lebih krg sama dengan tahap 1 & 2 CUMA gelombang pada tapak tangan tu rasa lebih kuat. Aku rasa semua anggota badan nie bergetar dan sangat tenang.
Pengalaman menggunakan tenaga reiki tahap advance:
  1. Pengalaman pertama - aku cuba mengunakan reiki untuk menyembuhkan mata kucing yg bengkak+nanah2 lg. Caranya: aku aktifkan 4 simbol + baca al fatihah+ 4 kul + al kursi + selawat nabi. so selama 3 hari aku guna reiki dengan menghalakan tapak tangan kat mata kucing tu. Hasilnya: alhamdulillah... selama penyembuhan tu, mata kucing dah jadi kering dan susut bengkaknya.
  2. Pengalaman kedua - badan aku tiba2 keluar biji2 air mcm nak kena cacar air + badan rasa gatal2. so aku pun rasa pelik since tiba2 badan aku jadi mcm tu TAPI aku ambil itu sebagai dugaan dan peluang untuk aku test power reiki. Caranya aku ubat diri ialah... aku isikan air dalam baldi + garam bukit (biasanya RM2 sebungkus - GM plaza). Pegang baldi tadi dan niat... ' Ya Allah.. Ya tuhan ku.. jadikanlah air ini penawar bg jiwa ragaku' dan lps niat tu baca al fatihah sebanyak 41 kali + yakin. maka bila dah habis baca.. aku pun bawa mandi air tu dengan cara membasuh ketujuh2 chakra dengan 7 kali siraman. Air yg lebih tu aku guna untuk jirus air dari kepala sampai ke kaki... masa tu niat ' ya allah keluarkanlah segala penyakit dari kepala hingga ke kaki'. Hasilnya... keesokanya semua biji2 air tu kering dan aku pun sembuh mcm biasa.
  3. Pengalaman ketiga - suruh bayar HUTANG. Hem.. bila sebut hutang nie mmg lemah sket... nak2 bila yg hutang tu kawan baik sendiri. Kalau minta suruh bayar hutang.. kata mengira.. tak tolong kawan2 TAPI kalau x minta buat bodoh jer tak nak bayar. Caranya: ambil sehelai kertas... tulis nama kawan tu + tulis kat bawah namanya 'tolong bayar hutang aku cepat' dan tekup kertas td dengan kedua2 tapak tangan serta salurkan tenaga reiki untuk hajat itu. Hasilnya... dalam seminggu mcm tu dia datang jumpa dan bayar semua hutang. TAPI yg tak sedapnya..aku dengar dia berhutang dengan org lain untuk bayar hutang aku. huhu~! nasihat aku.. sblm nak buat sesuatu, seeloknya... ukurlah baju sendiri dulu. Janganlah suka menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
  4. Pengalaman ke empat - untuk kali pertama aku salurkan tenaga reiki pada kawan. since kawan aku pun jenis suka dan belajar benda2 mistik nie DAN kebetulan pada masa aku melawat tu... dia rasa sakit kepala + sengal2 badan.... maka dia pun suruh aku try reiki kat dia. Katanya dah lama sakit mcm nie tapi bila check doktor ok jer. sakit kepala nie byk serang pada belah malam. Aku pun ckp 'Insyallah,aku akan cuba TAPI semuanya dengan izin ALLAH'. Caranya: aku protect diri aku dulu dengan baca al fatihah, 4 kul, al kursi+ selawat nabi then baru aku start scan semua chakranya. masa scan tu aku rasa mcm ada gelombang dari tangan kiri naik ke bahu.. dari bahu naik ke tengkuk.. dari tengkuk naik ke crown chakra... pastu turun balik ke tangan. Aku dalam hati 'haa sudah.. bab gelombang lari2 nie aku tak biasa khatam lg tapi yakin jerlah'. huhu~! so aku bila keadaan mcm tu.. aku pun pegang tengkuk dia (dengan niat tenaga reiki disalurkan pada seluruh chakra) dengan tangan kiri dan crown chakra dengan tangan kanan (fokus pada satu chakra sahaja). Saluran tenaga reiki ini berlangsung lebih 10 minit. Hasilnya: sakit kepala kawan aku tu hilang dan dia kata inilah kali pertama aku rasa kepala nie ringan dan tenang. Lps tu barulah dia percaya dan rasa tenaga reiki tu mcm mana...

*apa2 pun semua ini berlaku dengan izin ALLAH...

Saturday, April 24, 2010

Solat & Tenaga

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Wednesday, April 21, 2010

'ALIF LAM LAM HA'

Menurut Vander Hoven, ahli psikologi dari Belanda telah membuat kajian mengenai kesan membaca Al-Quran dan mengulangi perkataan ALIF LAM LAM HA yang dilakukan terhadap pesakitnya. Hasil dari kajian itu amat mengkagumkan , khusus sekali untuk yang mengalami tekanan dan murung. Bacaan Al-Quran dan pengamalan ejaan perkataan ALIF LAM LAM HA dapat menghindari diri dari penyakit jiwa dan mental. Pakar psikologi itu telah menjelaskan setiap huruf ALIF LAM LAM HA memberi kesan lega terhadap penyakit psikologi.
Dalam kajiannya mendapati, semasa menyebut huruf ALIF, ianya keluar dari system pernafasan dan dapat mengawal nafas. Semasa menyebut huruf LAM berulang sebanyak dua kali, di mana lidah menyentuh sedikit bahagian hujung lelangit buat seketika, ini membuatkan pernafasan rehat berlaku. Kemudian menyebut huruf HA pula, berlakulah hubungan antara jantung dan hati , hubungan ini sekaligus dapat mengawal degup jantung manusia.